



BENGKEL FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD)
PUSAT KITAR SEMULA KOMUNITI PUTRAJAYA (COB3R) SIRI 2 ![]()
Hotel Trove, Johor Bahru
Bengkel FGD Siri 2 COB3R telah dilaksanakan bersama Bahagian Kesihatan Persekitaran, Jabatan Perkhidmatan Bandar, Perbadanan Putrajaya (PPj), Alam Flora Environmental Services (AFES) dan SWCorp sebagai kesinambungan perbincangan yang dimulakan melalui FGD Siri 1 pada 1–2 Julai 2025, dengan tumpuan kepada pemurnian modul pembangunan produk serta penyelarasan pelaksanaan di peringkat komuniti.
Sesi ini merangkumi pembentangan dan perbincangan modul pembangunan produk berasaskan sisa seperti plastik, kertas, fabrik, kaca, sisa makanan/minyak masak terpakai dan e-waste, serta sesi lawatan teknikal ke:
Makmal IBD, N22
Makmal Biopolymer, N29
Makmal Struktur & Bahan, D04
Fakulti Sains, T02
Komuniti Hibiscus, Taman Pulai Indah
Terima kasih kepada semua pihak atas komitmen dan kerjasama erat ke arah pembangunan ekosistem kitar semula komuniti yang mampan.