

Institut Pembangunan Bioproduk (IBD), UTM berbangga kerana turut menjadi penaja bagi International Conference on Chemical and Energy Engineering (ICChEE2025) yang berlangsung pada 8–9 September 2025 di UTM Hotel & Residence, Kuala Lumpur, anjuran Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga (FKT), UTM.
IBD sentiasa komited menyokong penganjuran program FKT yang menjadi platform penting dalam menghimpunkan penyelidik, industri dan komuniti akademia bagi perkongsian ilmu serta jaringan strategik.