KURSUS PERSEDIAAN SPM DAN PENGETAHUAN LANJUTAN APLIKASI SAINS DI DALAM BIDANG BIOTEKNOLOGI

Tarikh: 13 – 15 September 2024

Lokasi: Institut Pembangunan Bioproduk, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Kerjasama: Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nur

Kursus ini dianjurkan khas untuk pelajar dari Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nur yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ia memberikan peluang kepada pelajar untuk merasai suasana pembelajaran di universiti, di samping memperkenalkan mereka kepada aplikasi sains dalam bidang bioteknologi. Sepanjang kursus ini, pelajar akan diperkenalkan dengan potensi bidang bioteknologi dan penerapan ilmu sains yang relevan dalam kehidupan dan industri moden.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi corporate@ibd.utm.my (Unit Latihan).

UTM Open Day