Lawatan Akademik Pelajar Tahun 1 (SKTBH/SETBH), FKT UTM
12 Januari 2026 (Isnin)
Institut Pembangunan Bioproduk (IBD), UTM berbesar hati menerima lawatan akademik daripada 68 orang pelajar Tahun 1 SKTBH/SETBH di bawah kursus SKTB1313 (Introduction to Bioprocess and Chemical Engineering), bersama Ir. Ts. Dr. Zanariah Hashim dan Dr. Nur Farzana Ahmad Sanadi.
Sesi dimulakan dengan kata alu-aluan oleh Pengarah IBD, Rosnani Hasham, sebelum para pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk sesi lawatan makmal yang diiringi oleh staf IBD.
Sepanjang lawatan, para pelajar berpeluang melawat beberapa makmal di IBD serta melihat secara langsung aplikasi sebenar bioproses dan kejuruteraan kimia, merangkumi operasi makmal, aktiviti penyelidikan dan pilot-scale processing.
Diharapkan pendedahan awal ini dapat menyemai minat, membuka perspektif dan memberi inspirasi kepada pelajar sebagai langkah awal dalam perjalanan akademik dan profesional mereka.
Terima kasih kepada barisan pensyarah, pelajar serta seluruh warga IBD yang terlibat dalam menjayakan sesi lawatan ini. Diharapkan perkongsian ini memberi manfaat dan pengalaman bermakna kepada semua.
#IBDUTM#LawatanAkademik#PelajarTahun1#BioprocessEngineering#ChemicalEngineering#UTMSkudai





