




Lawatan Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS), Indonesia ke IBD
IBD telah menerima kunjungan daripada Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS), Indonesia yang terdiri daripada 10 orang pensyarah dari pelbagai fakulti serta 3 orang pegawai pengiring dari UTM Innovation and Commercialisation Centre.
Para delegasi sedang mengikuti Training Advanced Course – Bridging Program UTM–ITS TOT for Technology Transfer Office (TTO) di UTM Innovation and Commercialisation Centre. Lawatan ke IBD ini memberi pendedahan kepada kepakaran, kemudahan penyelidikan serta ekosistem pembangunan bioproduk yang dijalankan di institut. Walaupun delegasi yang hadir terdiri daripada pelbagai bidang, pihak IBD amat mengalu-alukan kedatangan wakil ITS dan berharap agar lawatan ini dapat membuka peluang baharu untuk kerjasama interdisciplinary pada masa hadapan.
Delegasi turut dibawa melawat beberapa makmal penyelidikan dan perkhidmatan di IBD.
Semoga lawatan ini dapat memperkukuh hubungan akademik dan meningkatkan potensi kolaborasi antara UTM dan ITS.