







Lawatan Pelajar Jabatan Biosains, Fakulti Sains, UTM
N22, Institut Pembangunan Bioproduk (IBD), UTM
Institut Pembangunan Bioproduk (IBD) telah menerima kunjungan daripada 9 orang pelajar prasiswazah (Program Biotechnologi) dari Jabatan Biosains, Fakulti Sains, UTM bagi sesi pendedahan berkaitan aktiviti pemprosesan herba serta pembangunan bahan bio yang dijalankan di IBD.
Sesi lawatan ini dikendalikan oleh pegawai penyelidik IBD, Dr. Nor Farahiyah Aman Nor dan Pn. Nur Arbainah Shamsul Annuar, dengan bantuan En. Fahim (pelajar PhD) yang berkongsi maklumat mengenai kepakaran dan kemudahan makmal di IBD.
Para pelajar turut berpeluang melawat beberapa makmal terpilih bagi memahami proses dan teknologi yang digunakan dalam penyelidikan serta pembangunan produk berasaskan bioproduk.
Terima kasih diucapkan kepada pensyarah pengiring, PM Ts. ChM Dr. Nik Ahmad Nizam Nik Malek dan Dr. Muhammad Helmi Nadri, serta semua pelajar atas kunjungan dan minat terhadap bidang bioteknologi dan bioproduk. ![]()