Lawatan pelajar tahun akhir – Jabatan Kejuruteraan Bioproses dan Polimer, FKT UTM

IBD, UTM berbesar hati menerima lawatan daripada Jabatan Kejuruteraan Bioproses dan Polimer, FKT UTM pada 30 Disember 2025, melibatkan pelajar tahun akhir jabatan tersebut bersama dua orang pensyarah yang juga merupakan Felo Penyelidik IBD, iaitu Ts. Dr. Nur Izyan Wan Azelee dan Dr. Ong Pei Ying.

Sesi lawatan dimulakan dengan kata alu-aluan oleh Pengarah IBD, PM Ir. Ts. Dr. Rosnani Hasham, diikuti ucapan oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Bioproses dan Polimer, PM Ir. Ts. Dr. Daniel Joe Dailin, yang menekankan kepentingan pendedahan awal pelajar kepada operasi sebenar di peringkat skala perintis dan industri.

Sepanjang lawatan, para pelajar didedahkan kepada sistem bioreaktor termasuk aspek operasi seperti piping networking, heat exchanger, serta pengendalian sistem biopemprosesan berskala besar. Sesi ini memberi gambaran praktikal bagaimana teori yang dipelajari diaplikasikan dalam persekitaran sebenar.

Terima kasih kepada barisan pensyarah, pelajar serta seluruh warga IBD yang terlibat dalam menjayakan sesi lawatan ini. Diharapkan perkongsian ini memberi manfaat dan pengalaman bermakna kepada semua.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day