





Lawatan Superfood Biotech Sdn. Bhd. ke IBD-UTM
Institut Pembangunan Bioproduk (IBD), UTM Johor Bahru
12 November 2025 (Rabu)
IBD-UTM menerima kunjungan daripada Superfood Biotech Sdn. Bhd. yang diketuai oleh En. Zahin Othman (Managing Director) bersama Pn. Nor Ashikin (Operation Director) dan Pn. Nur Hazwani dari bahagian R&D. Lawatan ini bertujuan meneroka potensi kerjasama serta sesi perkongsian teknologi dan penyelidikan di IBD.
Turut hadir Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Rosnani Hasham (Pengarah IBD), Prof. Madya Ts. Dr. Harisun Ya’akob dan Ts. Dr. Nur Izyan Wan Azelee. Delegasi juga dibawa melawat makmal IBD.
Terima kasih kepada Superfood Biotech atas kunjungan dan minat kerjasama yang ditunjukkan.