





Majlis Pertukaran Dokumen RCA
IBD, UTM & EHH Food Industry Sdn. Bhd.
Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canselori Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Institut Pembangunan Bioproduk (IBD) telah memeterai Perjanjian Kerjasama Penyelidikan dan Pembangunan (RCA) bersama EHH Food Industry Sdn. Bhd. melalui satu majlis pertukaran dokumen yang berlangsung dengan jayanya.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Rosli Md Illias, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UTM bersama YBrs. En. Henry Lee Guan Ho, Pengarah Urusan EHH Food Industry Sdn. Bhd., serta disaksikan oleh barisan pengurusan kanan kedua-dua pihak.
Kerjasama ini melibatkan pelaksanaan dua projek penyelidikan oleh Institut Pembangunan Bioproduk (IBD), UTM, yang diketuai oleh Prof. Madya ChM. Dr. Chua Lee Suan, memfokuskan kepada peningkatan kualiti, jangka hayat dan kelestarian produk makanan.
Kolaborasi strategik ini mencerminkan komitmen berterusan UTM dan industri dalam memacu inovasi berasaskan penyelidikan serta pemindahan teknologi yang memberi nilai tambah kepada masyarakat dan sektor makanan.
Inovasi melalui kolaborasi untuk masa depan yang lestari.