





Alhamdulillah, Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Sambutan Hari Malaysia Peringkat IBD 2025 telah berlangsung dengan lancar pada 12 September 2025 (Jumaat) di Auditorium N23A, IBD UTM. ![]()
![]()
Majlis dimulakan dengan perarakan warga IBD dari N22 ke N23A, diikuti dengan:
Bacaan Yasin
Ucapan Pengarah IBD, YBrs. Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Rosnani Hasham@Hisam
Majlis Perpisahan Puan Roziana
Selawat Nabi, kibar bendera & nyanyian lagu kebangsaan
Acara turut dimeriahkan dengan jamuan nasi ambeng dalam dulang, yang menambahkan lagi semangat kebersamaan dan ukhuwah warga IBD.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. Semoga ukhuwah yang terjalin terus diperkukuhkan dan semangat kecintaan kepada Rasulullah SAW serta tanah air tercinta sentiasa subur dalam diri kita semua.