19 Aug 2024 | 3.30 petang
Satu mesyuarat kerjasama di antara IBD dan Nufiya Empire Sdn. Bhd. telah diadakan bagi membincangkan peluang kerjasama penyelidikan dalam pembangunan & penambahbaikan produk penggalak susu (milk booster) oleh syarikat berkenaan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah IBD, Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Rosnani Hasham@Hisam dan projek berkenaan akan diketuai oleh Ketua Unit Kosmetik dan Wangian IBD, Dr. Siti Pauliena Mohd. Bohari.
Semoga kerjasama ini akan bermanfaat kepada pihak IBD dan Nufiya Empire Sdn. Bhd.
