Perbincangan Kolaborasi bersama SM Sains Sultan Iskandar Mersing – Official
1 Januari 2026 (Khamis)
Pihak IBD, UTM telah menerima kunjungan daripada Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar, Mersing pada 1 Januari 2026 (Khamis). Lawatan ini diketuai oleh Pengetua, Pn. Nor Jaslina binti Esa, Cikgu Nik Noraqidah binti Nik Ali, ibu bapa serta beberapa pelajar Tingkatan 3–5 yang akan menyertai pertandingan inovasi peringkat antarabangsa di Bangkok, Thailand.
Sesi perbincangan turut menumpukan kepada peluang kolaborasi strategik bersama pihak skolah terutama dalam pembangunan produk inovasi diterajui pelajar , bimbingan dan latihan mengikut keperluan serta tahap pelajar serta cadangan pelaksanaan program Pemindahan Ilmu (KTP) dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)
Semoga kerjasama ini dapat memperkukuh ekosistem STEM, menyokong bakat muda dan melahirkan inovator masa hadapan. ![]()
![]()
![]()




