Program Khidmat Masyarakat: Kasih Purnama 2.0

📅 22 November 2025 (Sabtu)

📍 Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh, Johor Bahru

🤝 Anjuran bersama Institut Pembangunan Bioproduk (IBD-UTM) & Purnama Charity

Alhamdulillah, Program Khidmat Masyarakat Kasih Purnama 2.0 telah berlangsung dengan penuh ceria dan bermakna. Program ini membuka ruang untuk sukarelawan IBD-UTM dan Purnama Charity menyantuni penghuni Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh melalui aktiviti pendidikan, keceriaan dan gotong-royong, selaras dengan komitmen bersama terhadap pembangunan komuniti.

Antara aktiviti yang dijalankan:

📚 Penubuhan Perpustakaan Mini – buku-buku disumbangkan oleh Badan Cemerlang Sdn Bhd, Jabatan Perpustakaan UTM dan Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Selatan (PPMKS)

🔎 Program ‘Knowledge Transfer’ – pembuatan sabun dan lip balm

🎉 Sukaneka – mencetuskan kegembiraan dan semangat kebersamaan

🤝 Gotong-royong – membersihkan kawasan sekitar serta membaiki beberapa kerosakan

Terima kasih kepada semua sukarelawan dan rakan kolaborasi yang menjayakan program ini. Semoga inisiatif ini terus menjadi platform untuk menyebarkan kebaikan dan memperkukuh hubungan universiti–komuniti

UTM Open Day