








Taklimat Bijak Kewangan IBD-UTM bersama Maybank
Bilik Seminar Jasmine, N22, IBD-UTM
IBD telah menganjurkan Taklimat Bijak Kewangan yang disampaikan oleh staf Maybank Cawangan Kulai. Sesi ini bertujuan memberi pendedahan kepada staf mengenai kepentingan pengurusan kewangan yang bijak, berhemah dan mampan dalam kehidupan seharian. Turut hadir sama ialah Cik Siti Norahayu binti Yusof, Maybank Region Johor Melaka Council Member dan Pn. Enne Fairuz binti Mohd Esa, Branch Manager Maybank Cawangan Kulai.
Selain sesi perkongsian, kaunter perkhidmatan ASNB turut dibuka bagi memudahkan staf membuat pertanyaan, semakan akaun pelaburan serta mendapatkan maklumat lanjut berkaitan instrumen pelaburan yang ditawarkan.
Terima kasih kepada pihak Maybank atas kerjasama dan perkongsian ilmu yang bermanfaat.