![]()
Wave Warriors @ Pengerang 2026 ![]()
![]()
20 Jun 2026 (Sabtu)
Pengerang Walk, Sungai Rengit, Johor
Seramai 63 Wave Warriors daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Maybank dan Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) telah berganding bahu menjayakan Program CSR Pembersihan Pantai Wave Warriors @ Pengerang 2026 dengan satu matlamat yang sama – memelihara alam sekitar demi masa depan yang lebih lestari.
Hasil usaha dan semangat luar biasa para warriors, sebanyak 1,012.1 kg sisa berjaya dikumpulkan dalam tempoh beberapa jam sahaja!
Plastik : 502.75 kg
Kaca : 46.75 kg
Aluminium/Tin : 19.75 kg
Sampah am : 442.85 kg
Program turut disempurnakan melalui gimik perasmian simbolik menandatangani banner program oleh PM Ir. Ts. Dr. Rosnani Hasham @ Hisam, Pengarah Institut Pembangunan Bioproduk (IBD); Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd. Fadhil bin Md Din, Pengarah Pusat Pelestarian Kampus (UTMCCS); Tn. Hj. Abu Bakar Mohd Salleh @ Ahmad, Bendahari UTM; En. Yusri bin Laili, Head Business Performance & Productivity, Southern Zone, Maybank; serta Cik Mahirah binti Jalal, wakil Majlis Perbandaran Pengerang (MPP), sebagai tanda komitmen bersama dalam memperkukuh agenda kelestarian alam sekitar.
Para peserta turut mengikuti sesi perkongsian ilmu bertajuk “Memperkasa Kelestarian: Peranan Komuniti dalam Pemeliharaan Alam Sekitar” yang disampaikan oleh Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd. Fadhil bin Md Din, yang menekankan kepentingan penglibatan komuniti dalam memastikan usaha pemeliharaan alam sekitar dapat dilaksanakan secara berterusan.
1,012.1 kg sisa. 63 Warriors. 1 matlamat yang sama.
Terima kasih kepada semua peserta dan rakan strategik yang telah menyumbang tenaga, masa dan komitmen dalam menjayakan misi ini.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Maybank atas sokongan sebagai rakan strategik dan penaja dalam merealisasikan Program Wave Warriors @ Pengerang 2026. Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh demi manfaat masyarakat dan kelestarian alam sekitar.
Bersama, kita mencipta impak yang lebih besar untuk bumi yang lestari.








