BANDAR PENAWAR, 24 Jan. — Pasukan penyelidik dan pelajar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dijemput oleh Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) iaitu merupakan Sekolah Sukan Malaysia yang berada di selatan tanah air untuk melaksanakan aktiviti program ujian analisis prestasi sukan. Sejumlah 25 orang penyelidik dan pelajar telah hadir ke SSTMI. Kesemua penyelidik adalah dari Institute of Human Centered Engineering (iHumEn) yang terdiri daripada 4 pusat penyelidikan iaitu SITC, MaGICX, IJN-UTM Cardio Centre dan MEDITEC. Program tersebut telah diketuai oleh Sports Innovation & Technology Centre (SITC) dengan menitikberatkan aktiviti pemindahan ilmu dan percambahan minda bersama industri sukan secara menyeluruh demi kemajuan sukan negara.

Sports Performance Analysis Team (SPAT) telah ditubuhkan untuk menjalankan program analisis prestasi sukan di SSTMI. Persediaan selama sebulan telah dilakukan oleh SPAT bagi memastikan kelancaran program di SSTMI. Ia melibatkan ujian kecergasan fizikal yang spesifik tertumpu kepada sukan bola sepak. Ujian kecergasan fizikal yang dipilih adalah merupakan ujian yang menguji komponen ketahanan kardiovaskular, kelajuan, ketangkasan, kekuasaan otot dan kandungan asid laktik dalam badan. Jenis-jenis ujian yang dipilih adalah ujian yo-yo, ujian kelajuan 30m, ujian Illinois, ujian lompat dirian menegak dan ujian asid laktik. Kesemua ujian yang dipilih adalah berdasarkan saintifik sukan bola sepak di mana terbukti menguji kebolehupayaan sebenar seorang pemain bola sepak.

Selain itu, SPAT UTM telah menggunakan inovasi dan teknologi sukan semasa menjalankan ujian kecergasan fizikal tersebut. Program analisis prestasi sukan juga melibatkan pengunaan alat inovasi dan teknologi sukan seperti Dji Drone, Electromyography Wireless (EMG), Automatic Sensor System, Motion Analysis dan Tensorflow Software, sistem database dan lain lain untuk melakukan pengukuran dan penilaian sukan kepada pasukan bola sepak masa depan negara. Ujian kecergasan fizikal tersebut turut mendapat liputan rancangan sukan televisyen RTM yang sedang menjalankan liputan rakaman di SSTMI. Ini adalah satu kerjasama yang baik di antara Universiti dan pihak Sekolah Sukan Malaysia. Kerjasama seperti ini merupakan landasan tepat kepada kemajuan sukan negara dan menjadikan Malaysia kuasa bola sepak Sukan Asia satu hari nanti.

Program analisis prestasi sukan ini dapat memberi manfaat kepada pemain masa depan negara yang berada di SSTMI. Program analisis prestasi sukan oleh SPAT adalah merupakan satu pendekatan baru yang di lakukan secara menyeluruh dengan mengambil kira pelbagai sudut seperti sudut biomekanik sukan, psikologi sukan, kejurulatihan sukan, kaedah latihan sukan selain daripada ketepatan data, kebolehpercayaan ujian dan kesahihan ujian yang dijalankan mengunakan alat teknologi sukan terkini. Kesemua data yang diperolehi akan dijadikan laporan yang bermakna dan berguna buat jurulatih, atlet dan pengurusan pasukan bolasepak SSTMI. Laporan yang disediakan juga menggunakan sistem database yang dibangunkan sendiri oleh SPAT UTM.

Selain itu, pasukan penyelidik dan pelajar UTM juga telah dibawa masuk ke bilik mesyuarat SSTMI bersama barisan Pengetua dan barisan jurulatih jurulatih sukan SSTMI. Pelbagai perkara yang telah dibincangkan antaranya aktiviti pemindahan ilmu, percambahan minda, perkongsian teknologi, penyelidikan bersama dan penggunaan makmal analisis pergerakan sukan SSTMI bersama UTM. Perbincangan ini juga merupakan satu landasan utama kepada atlet SSTMI untuk menyambung pengajian sukan di UTM dan sekaligus mengharumkan nama UTM di peringkat nasional dan antarabangsa. Program ini dapat menjadi platform utama dalam memastikan kecemerlangan sukan negara berteraskan inovasi dan teknologi di mana UTM merupakan universiti peneraju utama dalam inovasi, teknologi dan kejuruteraan. Semoga kerjasama yang dilakukan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak demi Malaysia Tanahairku.

Semua laporan ini akan diserahkan kepada pihak Sekolah SSTMI, pihak Institut Human Centred Engineering (iHuMen UTM) dan Universiti Teknologi Malaysia. Koloborasi strategik juga akan dijalankan dengan perancangan menandatangani MoU antara UTM dan SSTMI bagi membolehkan kerjasama ini berterusan dan berjalan lancar demi kemajuan sukan negara. Akhir kata, Majulah SPORTS 4.0 untuk Negara.
Disediakan oleh:

Dr. Hadafi Fitri Mohd Latip
Research Fellow

Sports Innovation & Technology Centre (SITC)
Institute of Human Centered Engineering (iHumEn)

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index