Media and Game Innovation Centre of Excellence (MaGICX) telah diberi tangggungjawab bagi menjalankan penyelidikan “A Study for the Needs to Develop a Technoprenuer Program Among Person with Disabilities” yang melibatkan Orang Kurang Upaya (OKU) oleh Malaysia Technology Development Corporation Sdn. Bhd. (MTDC).

Sehubungan dengan itu, MaGICX telah mengadakan bengkel visi selama tiga hari bersama-sama peserta OKU yang terpilih dari seluruh Malaysia. Bengkel ini bertujuan untuk memahami keperluan serta pengetahuan usahawan teknologi bagi OKU, mewujudkan kesedaran berkenaan Industri 4.0 bagi OKU, serta mendapatkan maklum balas mereka berkenaan ekosistem keusahawanan yang dirasakan sesuai dengan keperluan semasa.

Bengkel yang diadakan di Residensi UTM Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 April 2019 ini melibatkan 10 fasilitator dan 20 orang pelajar sukarelawan dari UTM. Sebanyak 167 permohonan OKU telah diterima dari seluruh negara. Namun begitu, hanya 46 peserta OKU yang berkelayakan sahaja yang dipilih bagi menyertai bengkel ini. Para peserta didedahkan dengan aktiviti “Pengenalan Kepada Design Thinking” serta sesi motivasi bersama pemenang Anugerah Khas OKU Terbaik Kategori Usahawan dan Reader’s Digest Insipiring Asian Award (Youth Malaysia), En. Sukur Ibrahim. Pemilik perniagaan D’Strike Solution ini juga adalah penulis kepada dua buah buku iaitu, “Takdir itu Anugerah #OKUTAPIOK” dan “Inspirasi Sukur”.

Pihak komuniti OKU menyambut baik inisiatif daripada pihak UTM dan MTDC dalam menyantuni serta menyelami keperluan mereka agar tidak ketinggalan dalam menghadapi Industri 4.0 nanti. Mereka berharap agar lebih banyak lagi bengkel-bengkel seperti ini akan diadakan buat mereka pada masa hadapan.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index