Aku adalah hanya sang tayar. Aku adalah amat penting dalam sesebuah kereta. Ramai nyawa manusia bergantung kepada aku di mana saiz aku hanya sebesar tapak tangan manusia.  Aku perlu di senggarakan sekerap mungkin untuk memastikan aku sentiasa berada dalam keadaan terbaik.  Aku dapat bertindak sebagai kusyen udara di antara jalan dan roda. Tugas aku berfungsi untuk menyerap getaran yang di sebabkan oleh permukaan jalan yang tidak rata, semasa itu aku akan memberikan cengkaman kepada permukaan jalanraya. Dengan itu, kenderaan yang menggunakan aku boleh di kawal dengan baik semasa membelok atau membrek. Tugasanku hanya untuk memberi keselesaan kepada penumpang.

IMG_20180908_172312_003
GAMBARAJAH 1 : RENTAS HALANGAN MENGGUNAKAN TAYAR TERPAKAI

Waktu mudaku, aku sering di gunakan ke sana, ke sini dan ke mana mana sahaja. Aku menjadi kegilaan ramai atas fungsi ku yang menakjubkan. Aku telah di beli oleh sang kayangan yang memilih tayar yang mengandungi angin untuk di pasang di keretanya. Sesetengah kawan aku di perbuat daripada campuran getah asli, getah tiruan dan lapisan talikod yang diperbuat daripada rayon atau nylon. Ada juga kawan aku yang di cipta dari aluminium dan keluli sebagai bahan talikod. Walau bagaimanapun selepas aku meningkat dewasa dan semakin berpengalaman, aku telah berjaya menempuh beribu kilometer bergolek atas jalan demi menunaikan tanggungjawab ku sebagai sang tayar, aku menjalankan amanah ini untuk berbakti kepada tuan aku. Namun begitu, semakin hari aku mula haus dan kian haus kian tidak bertenaga dan tiba masa nya aku perlu di tukar dan di ganti yang baru. Aku berasa sedih apabila khidmat aku tidak di perlukan lagi oleh tuan aku.

852831265_227036
GAMBARAJAH 2 :  INOVASI TAYAR UNTUK  AKTIVITI MENCABAR

Suatu hari semasa di bulan Disember, tuan aku telah membawa aku ke kedai tayar kereta. Aku mendengar tuan aku bertanya kepada tauke kedai tayar tersebut semasa nak pilih jenis tayar baru untuk mengantikan aku, tayar ini bising ke? Boleh belah air ke? bila jalan ada air ok tak? Berapa ratus? Soalan biasa yang akan di tanya dan untuk aku sebagai sang Tayar ia seperti menguji kemampuan dan kelayakan ku. Pada aku sebagai sang tayar, letakan lah aku di tempat yang sepatutnya pasti aku akan memberi nilai yang lebih baik. Sekiranya aku tidak bernilai sekarang mungkin ada tempat yang akan lebih menghargai nilai ku satu hari nanti. Walaupun aku jenis tayar all season, tapi jenis ku bukan jenis yang mencengkam kuat seperti tayar performance. Negara Malaysia sangat bertuah kerana memiliki keadaan cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun. Jadi pemilihan tayar seperti aku sangat mudah, dan tidak kritikal seperti pengguna di negara-negara empat musim. Pemandu biasa negara ini cukup saja menggunakan tayar jenis semua musim (all season).

rh2a
GAMBARAJAH 3 : KEGEMBIRAAN KANAK-KANAK MELAKUKAN AKTIVITI

Berbual-bual tanpa sedar aku telah pun di gantikan baru dan tuan aku telah berlalu pergi meninggalkan aku di bulan Disember di kedai tayar kereta. Seperti biasa tayar seperti aku akan di campak dan di longgokan di belakang kedai. Bukan aku tak suka di longgakan bersama yang lain cuma aku rasa nafasku sesak dan aku pasti akan terkena tempias hujan. Tayar seperti aku apabila di buang akan menjadi tempat pembiakan yang ideal untuk nyamuk dan haiwan yang membawa penyakit lain kerana bentuk berongga aku yang bulat memegang air untuk jangka masa yang lama. Namun apa dayaku, aku harus terima keadaan seadanya. Aku perlu kuat mengharungi liku liku kehidupan yang penuh pancaroba. Adakala aku di atas, adakala aku di bawah, kadang-kadang aku susah, kadang-kadang aku senang dan kejap tenang kejap bergelora. Ia menjadi satu pengalaman dan pengajaran buat aku.

TAYAR
GAMBARAJAH 5 :  TAYAR SILVERSTONE

Tiba-tiba ada satu suara menjerit dari atas sebuah motosikal, “ Tauke berapa harga tayar nak buang tu? Saya nak ambik boleh? Lu nak buat apa sudah rosak maa sahut tauke. Aiya jangan tanya lar, saya mau pakai. Okey, Okey saya jual RM 30 second hand kasi lu. Okey baik tauke”. Aku melihat anak muda tersebut mengeluarkan beg duit nya mengira duit cukup atau tidak cukup untuk membeli aku. Lalu beliau membayar dan mengangkut ku pulang menggunakan motosikal. Diletakan aku dibawah bumbung, di basuhnya aku dan di lapkan dengan pengilat tayar. Kemudian aku di susun di satu tempat untuk bersedia apa bila hendak digunakan lagi. Cuma aku tertanya tanya apa tujuan sebenar tuan baru aku membeli aku. Nak gunakan aku untuk jadi pasu bunga ke? Atau nak guna aku untuk jadi perhiasan perabot? Atau mungkin untuk menjadi tembok pertahanan diri?

vlcsnap-2016-11-23-11h30m57s404
GAMBARAJAH 6 : SENAMAN MENGGUNAKAN TONG GAS

Pada awal bulan Februari, tiba-tiba aku di angkut oleh sebuah pasukan di bawa ke sebuah sekolah. Aku hairan kerana ketiadaan tuan aku. Cuma aku di ambil dan di bawa ke sekolah. Jarang-jarang aku ke sekolah. Aku di longgokan di penjuru padang sekolah. Pasukan tersebut menyusun aku mengikut susunan yang telah diatur dan dibahagi kepada beberapa stesen. Dari  jauh aku melihat ramai pelajar pelajar sekolah melihat aku di susun. Kemudian apabila telah siap, aku melihat pasukan ini memanggil semua orang dan memperkenalkan diri mereka. Rupa-rupanya aku akan digunakan dalam latihan rentas halangan kepada pelajar sekolah tersebut. Wah!, ini satu tugas baru kepada aku, sangat menarik. Aku ingat aku sudah tidak berguna dan tiada fungsi lagi. Rupanya berguna dan berbakti kepada pendidikan sekolah. Seronok melihat kanak kanak riang menggunakan aku dan menjadikan aku sebagai latihan rentas halangan. Semoga dengan latihan ini, menjadikan mereka kental dan tidak mudah mengalah satu hari nanti. Kalo ada yang terjatuh sepak aku, cuba belajar untuk bangun dan bangkit dalam apa jua situasi.

GAMBAR 4
GAMBARAJAH 7 : SENAMAN MENGGUNAKAN TAYAR

Kemudian apabila telah habis acara rentas halangan tersebut aku di susun dan di letak kembali ke tempat yang selamat. Tuan aku juga dengar khabar akan membeli kanvas dan tutup secara tertib supaya aku tidak kene tempias hujan. Satu hari, aku terdengar perbualan beberapa orang pekerja kontraktor yang sering menjadikan tempat aku sebagai tempat rehat mereka. Susah lar kita PKP di umumkan semua kerja perlu di hentikan buat sementara waktu. Semua orang perlu berada di rumah sewaktu PKP kerana untuk mengelakan virus covid merebak. Kita kene patuhi benda ni sebab virus ini merebak cepat satu dunia dan telah membunuh ribuan orang. Aku berasa sedih apa yang berlaku, aku dapat bayangkan yang aku akan tidak berguna lagi dan terbiar begitu sahaja. Tiba tiba tidak sampai seminggu sahaja semua berada dalam keadaan senyap sepi kerana PKP. Aku dapat merasakan kesunyian ini, Aku rasa dah tiba masanya aku sedar diri dan mengambil iktibar atas apa yang berlaku. Aku perlu berubah dan kuat untuk mengharungi semua ini dan tidak membazirkan masa aku lagi. 

Aku rasa tuan aku menggunakan masa ini dengan sebaiknya untuk melindungi famili beliau di rumah. Aku gembira untuk beliau kerana aku tahu beliau kuat bekerja dan masa PKP ini dapat di gunakan beliau untuk menyantuni dan meluangkan masa bersama orang tua beliau yang telah banyak berjasa kepada beliau. Dalam apa jua perkara, apabila kita sakit dan terlantar satu hari nanti yang akan menjaga kita adalah keluarga kita dan bukan orang lain. Walaubagaimanapun, aku juga turut telah diberitahu oleh rakan ku sebuah tong gas, beliau dan aku tayar menjadi inovasi baru sukan untuk lakukan senaman. Sewaktu PKP ini secara tidak langsung semakin mendadak ramai orang gunakan kami untuk membina imunasi badan dan menjaga kesihatan. Siapa sangka di penghujung cerita, aku sang tayar masih lagi berguna pada bangsa dan negara. Ramai orang tidak di benarkan keluar rumah dan mereka menggunakan tayar dan tong gas sebagai alat senaman. Dengar khabar tuan lama aku yang tukar tayar kereta baru, tidak dapat ke mana mana lagi dan hanya duduk rumah kerana road tax kereta telah mati.

Tabata
GAMBARAJAH  8 : AKTIVITI TABATA MENGGUNAKAN TAYAR

Tempoh PKP ini memberikan kita semua satu peluang untuk muhasabah diri kita sendiri. Jika waktu ini tidak menjadikan kita lebih baik dari sebelum nya pasti akan menjadi satu kerugian pada kita. Gunakanlah waktu ini secara bermanfaat untuk melakukan muhasabah diri.  Jika kita jatuh bangun lah semula meneruskan kehidupan. Jangan pernah ada kamus putus asa dalam diari kehidupan ini. Sabar apabila diuji kerana setiap ujian yg diberi adalah pembakar semangat untuk menempuhi ujian yang lagi berat. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambaNya melepasi tahap keupayaannya. Dan sesungguhnya, Hanya pada Allah lah kita mengadu. Akhir kata, kerana Tuhan untuk Manusia dan Majulah Sukan untuk Negara.

Dr. Hadafi Fitri Mohd Latip

Timbalan Pengarah SITC,
Sports Innovation Technology Centre (SITC)
Institute Human Centered Engineering (IHumEn)

Pensyarah Kanan
Sekolah Kej. Bioperubatan dan Sains Kesihatan UTM
Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index