Institute of Human Centered Engineering (iHumEn) UTM telah menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Laman Web pada 28 Jun 2020 bertempat di Bilik Seminar MaGICX, T03, UTM Johor Bahru.

Jawatankuasa Penjenamaan (Branding) iHumEn telah dipertanggunjawabkan bagi melaksanakan kursus ini buat julung kalinya. Seramai 9 orang staf pengurusan & pelaksana iHumEn telah hadir dengan jayanya ke kursus asas ini. Kursus ini telah dirasmikan oleh Pengarah Institut iHumEn, YBhg. Prof. Dr. Mohd Shahrizal Sunar. Beliau telah menyampaikan hasrat dan tujuan inisiatif ini diadakan. Beliau juga telah menyempurnakan sesi penyampaian sijil kehadiran kepada penceramah dan peserta.

Kursus Asas Pengurusan Laman Web ini telah disampaikan oleh En. Azizul Azman yang merupakan Pegawai Penyelidik di MaGICX yang juga aktif dalam dunia blogging menerusi blog travel-berkeluarganya iaitu https://zyzoolmiratravel.com/.

Kursus ini telah diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada staf iHumEn tentang mengamaskini dan menyelenggara laman web. Kefahaman staf tentang pengurusan laman web ini telah diuji dengan latihan dan soalan yang telah diberikan oleh penceramah. Kursus asas yang dijalankan selama satu hari ini agak berbeza pengisian modulnya berbanding kursus pengurusan laman web yang lain kerana peserta telah diajar cara menambah baik kualiti posting dengan menggunakan perisian Yoast SEO. Melalui penggunaan perisian ini, posting yang dibuat akan mudah dicapai oleh web browser ketika carian yang secara tidak langsung membantu ramai pelayar melayari website kita. iHumEn yakin, melalui kursus ini, staf pelaksana dan pengurusannya akan mampu membuat posting yang berkualiti di laman web selepas tamat program ini.

peserta kursus pengurusan Laman web
Para peserta sedang menguruskan post di laman web
Peserta yang terdiri daripada staf pengurusan dan pelaksana iHumEn, telah hadir dengan jayanya ke kursus ini

En Azizul selaku penceramah kursus sedang memberikan penerangan kepada peserta

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index