Penghujung tahun 2019, dunia dikejutkan dengan penyakit atau wabak yang dikenali sebagai Coronavirus atau Covid-19. Ianya akan memberi impak dan kesan latihan fizikal semasa perintah pergerakan dilaksanakan di Malaysia.

Covid-19 ini merupakan sebuah penyakit berjangkit yang boleh disebarkan melalui kontak rapat, tangan, hidung dan mulut. Penyakit ini mula tersebar dari wilayah Wuhan, China. Wabak berjangkit ini telahpun tersebar ke seluruh dunia dengan statistik kes menunjukkan sehingga 21 April 2020, sebanyak 2,498,999 juta kes di lebih 200 negara yang telah dilaporkan oleh World Health Organization (WHO). Terdapat 171,334 kematian dan terdapat 657,895 pesakit yang berjaya sembuh dan discaj dari wabak Covid-19.

Di Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memasuki fasa ketiga bermula 14 hingga 28 April 2020. Sesetengah pakar juga menjangkakan Perintah Kawalan Pergerakan ini akan berlarutan sehingga lebih dari sebulan. Justeru, rakyat Malaysia dinasihatkan agar sentiasa berada di dalam rumah kecuali untuk mereka yang perlu bekerja dalam sektor-sektor yang tertentu.

GAMBARAJAH 1 : CARTA ALIR  SENAMAN

Memandangkan rakyat Malaysia dinasihati untuk duduk di rumah, maka terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan antaranya ialah mencari hobi baharu seperti memasak, membuat kek, mempelajari kemahiran yang baharu, bermain permainan video, bersukan dan juga yang lain-lain.

Kempen Home workout challenge di negara kita dilihat mendapat sambutan daripada setiap lapisan masyarakat, hal ini menunjukkan bahawa masyarakat kita peka tentang kepentingan aktiviti fizikal biar pun dalam fasa PKP.

Ia boleh dilihat melalui media sosial di mana terdapat video – video live latihan fizikal yang dipertontonkan. Latihan fizikal sangat penting kerana ia adalah kemampuan dan keupayaan seseorang melakukan tugas hariannya selama waktu bekerja tanpa merasa cepat penat, letih dan lesu.

Tubuh manusia dibentuk bergerak dan menjalankan aktiviti, sekiranya latihan fizikal di lakukan maka nyata sekali akan memperkukuhkan badan untuk menghadapi sesuatu situasi.

GAMBARAJAH 2: KOMPONEN LATIHAN KECERGASAN FIZIKAL

Latihan Fizikal berlandaskan :-

  1. Daya tahan kardiovaskular
  2. Komposisi badan
  3. Daya tahan otot
  4. Kekuatan Otot
  5. Kelembutan

Kompenan-kompenan dalam latihan fizikal juga melibatkan ketangkasanmasa tindakbalasimbangankelajuankoordinasi dan kuasaPerintah kawalan pergerakan (PKP) ini adalah satu peluang yang boleh diperoleh masyarakat kita untuk belajar dan memahami kepentingan amalan aktiviti fizikal. Yang pertamanya ialah latihan fizikal dapat dijadikan amalan gaya hidup sihat untuk membantu mengurangkan risiko penyakit kronik yang melibatkan penyakit jantung dan buah pinggang khususnya bagi golongan yang sudah menjangkau usia 40an dan warga emas.

Hal ini bertujuan untuk memastikan organ penting di dalam tubuh di gunakan secara optimum dan tidak dibiarkan berehat terlalu lama dan menjadi pasif.

GAMBARAJAH 3 : KESIHATAN JANTUNG (kredit gambar Sinar Harian)

Selain itu, banyak manfaat yang boleh diperolehi melalui aktiviti fizikal antaranya ialah :-

  • Otot-otot menjadi besar, kuat, bertenaga serta lebih sihat.
  • Menambah pengambilan 0xygen oleh tisu-tisu
  • Merendah % lemak badan
  • Sistem saluran darah dan edaran lebih sempurna
  • Menambah bahan ATP (Tenaga)
  • Merendahkan kadar nadi rehat dan Menambah isipadu jantung (Stroke Volume)
  • Mengurang kecederaan dan mempercepatkan pemulihan
  • Meningkatkan koordinasi psikomotor
  • Meningkatkan kapasiti paru-paru

Aktiviti fizikal juga merupakan satu kaedah terbaik untuk memastikan sisa kumbahan dalam badan dapat di bersihkan melalui sistem perpeluhan di samping meningkatkan kadar degupan jantung. Jantung akan menjadi lebih kuat dan besar (Hipertropi).

Setiap pergerakkan dan aktiviti fizikal dapat membantu membakar kalori dengan efisyen sekaligus mengeluarkan peluh. Sistem saluran darah dan edaran lebih sempurna. Penafasan juga akan lebih cekap dan menghasilkan sistem horman yang efisyen.

GAMBARAJAH 4:  KERATAN AKHBAR BERITA HARIAN TENTANG LATIHAN BEBANAN UNTUK WANITA

Di samping itu, aktiviti fizikal juga terbukti secara saintifik dapat membantu menguatkan sistem rangka dan otot. Aktiviti senaman regangan yang dilakukan dapat meregangkan otot serta meningkatkan tahap fleksibiliti. Berlainan pula dengan aktiviti bebanan, di mana ia dapat membantu membina otot yang kuat demi menampung sistem rangka.

Latihan Fizikal juga  turut memperlahankan proses penuaan (aging process) dan dapat melawan kesan tekanan mental.

Tuntasnya, mereka yang mempunyai kecergasan fizikal yang baik akan sanggup menerima cabaran dalam menempuhi aktiviti fizikal seharian. Sebaliknya orang yang mempunyai kemampuan fizikal yang rendah akan merasa terbatas sekiranya melakukan sebarang aktiviti fizikal kerana mereka akan mudah berasa letih dan lesu.

GAMBARAJAH 5 : HEALTHY LIFESTYLE

Dengan berbekalkan kecergasan fizikal yang baik, seseorang itu lebih mudah untuk mencapai pertumbuhan yang sihat bukan sahaja dari segi fizikal, bahkan juga dari segi mental, emosi, rohani serta sosial.

Sebaliknya pula jika seseorang itu tidak melakukan latihan fizikal maka jantung akan menjadi lemah, sistem hormon tidak efisyen dan lain-lain lagi. Justeru, bersama kita membina benteng yang paling berharga yang ada pada diri kita iaitu dengan mempertingkatkan imunisasi badan melalui latihan fizikal.

Kajian Nieman. D.C (2011) menyatakan latihan moderate exercise yang berkadar 60%-75% dapat mempertingkatkan imunisasi badan dan mengurangkan kadar penyakit seperti di gambarajah 6. Jadikan latihan fizikal itu adalah amalan gaya hidup sihat dan kehidupan seharian kita.

GAMBARAJAH 6:  JOURNAL OF LIFESTYLE MEDICINE

Kelab Sains, Inovasi dan Teknologi Sukan UTM sentiasa percaya melalui latihan fizikal akan berjaya mengurangkan kadar kes COVID 19.

Ini adalah disebabkan peningkatan imunisasi badan melalui latihan sukan yang di lakukan.

Akhir kata Kerana Tuhan untuk Manusia dan Majulah Sukan Untuk Malaysia.

Penulis Bersama:

NURHAKIM BIN YACOB
Pelajar Pendidikan (Sains Sukan)
Sekolah Pendidikan
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM

Nama Penasihat Kelab Sains, Inovasi & Teknologi Sukan :-

DR HADAFI FITRI MOHD LATIP
(0125015090)
Pensyarah Kanan
Fakulti Kejuruteraan
Sports Innovation and Technology Centre

DR ADJAH BIN NAQIAH
Pensyarah Kanan
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index