JOHOR BAHRU, 26 Ogos — Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ts. Dr. Mohd Najeb Jamaludin telah menyampaikan perkongsian bertajuk Charting Electrodiagram in Flutter Apps melalui aplikasi Webex dan dikeudarakan secara langsung ke laman Facebook Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan (SKBSK), UTM.

Sesi perkongsian bermula pada jam 11:00 pagi selama 1 jam telah merupakan siri sulung bagi program Webinar Bicara Pakar Research Group DIAGNOSTIK, SKBSK, UTM Johor Bahru.

Ts. Dr. Hadafi Fitri Mohd Latip merupakan Timbalan Pengarah di Sport Innovation & Technology Centre (SITC), Institute of Human Centered Engineering (iHumEn) yang juga merupakan Pensyarah di SKBSK telah menjadi moderator bagi sesi webinar pada kali ini.

Penganjuran webinar Charting Electrodiagram in Flutter Apps adalah inisiatif perkongsian ilmu atas dasar norma baharu yang diadakan secara dalam talian dengan pelajar, pembangun aplikasi serta penyedia perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan sebagai golongan sasaran.

Asasnya, UTM merupakan pintu kepada teknologi masa hadapan melalui transformasi sistem konvensional dengan penambahan elemen teknologi moden dan terkini yang dibangunkan. Ini selaras dengan salah satu Nilai Teras UTM iaitu nilai teras Excellence.

Dr. Najeb memulakan perkongsian dengan pengenalan berkenaan sistem konvensional carta elektrokardiodiagram (ECG) yang digunakan bagi memantau keadaan jantung manusia yang selalu digunakan di hospital bagi memantau keadaan jantung pesakit.

Carta ECG ini dihasilkan oleh mesin ECG dengan menggunakan 10 titik lokasi pada bahagian badan, tangan dan kaki manusia, menghasilkan 12 bacaan ECG.

Seterusnya, Dr. Najeb memberikan pengenalan secara umum berkenaan aplikasi Flutter dan kelebihannya berbanding pelantar pembangunan aplikasi yang lain.

Dr. Najeb juga menunjukkan tutorial secara terperinci bagaimana untuk menghasilkan carta ECG melalui aplikasi Flutter dan emulator telefon pintar berasaskan Android.

Menurut Dr. Najeb, aplikasi Flutter membolehkan signal bioperubatan seperti carta ECG dapat dipantau melalui telefon pintar pengguna sama ada pesakit mahupun doktor yang terlibat secara langsung dalam sektor kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

Umum mengetahui bahawa komplikasi penyakit jantung masih merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia. Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2020 melalui Health Facts 2020 menunjukkan bahawa 22.27% kematian adalah disebabkan oleh penyakit berkaitan jantung dan diikuti oleh penyakit berkaitan respiratori sebanyak 21.17%.

Pada akhir sesi perkongsian ini, Dr. Najeb turut sempat berkongsi beberapa teknologi yang boleh diintegrasi bagi mengoptimumkan penggunaan signal bioperubatan yang diperolehi antaranya adalah pengantaramukaan dengan teknologi tanpa wayar Bluetooth dan Cloud Firebase.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan teknologi ini, Dr. Najeb turut mengajak orang ramai untuk melayari laman webnya seperti di pautan berikut: https://people.utm.my/najeb/

Pelbagai teknologi berkaitan signal bioperubatan dan penyelidikan yang sedang dilaksanakan oleh Dr. Najeb dan pasukannya juga turut dikongsikan dalam laman web tersebut.

Sesi perkongsian ini juga boleh ditonton semula menerusi laman Facebook SKBSK seperti di pautan berikut: https://www.facebook.com/biomedical.utm/videos/163277625923505

Sumber Rujukan:

  1. UTM envision 2025, Universiti Teknologi Malaysia; https://www.utm.my/about/vision-mission/
  2. Health Facts 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia; https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/58?mid=19

Disediakan oleh: Akmal Ayob
Editor: Ts. Dr. Hadafi Fitri Mohd Latip

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index