JOHOR BAHRU, 23 Mac —  Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sentiasa bersedia membantu dalam misi kemasyarakatan terutamanya yang melibatkan keselamatan dan keutamaan komuniti.

Terbaharu UTM telah menyediakan 40 unit ‘UTM Face Shield’ untuk kegunaan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menjadi tunjang utama di barisan hadapan atau frontliner dalam menangani penularan wabak Covid-19.

Ketua projek, Prof Mayda Dr Johari bin Surif berkata, sebanyak 33 unit ‘face shield’ telah diserahkan kepada Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru bagi membantu meringankan beban serta keperluan hospital awam tersebut.

Penyerahan UTM Shield kepada wakil PKU UTM
Penyerahan UTM Shield kepada Pusat Kesihatan UTM

Baki tujuh lagi telah diserahkan kepada Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UTM kerana mereka turut terlibat secara langsung dalam memantau penularan wabak ini di sekitar kampus.

“Sepanjang tempoh larangan pergerakan ini kita mengkaji apa lagi yang mampu kita sumbangkan melalui kepakaran yang ada dan di sinilah terhasilnya idea untuk membantu menyediakan kelengkapan kepada staf KKM,” kata beliau.

Face shield ini disediakan menggunakan kaedah Fused Deposition Modeling (FDM) Technology yg merupakan kaedah popular dalam teknologi additive manufacturing (AM).

Model 3D objek dihasilkan menerusi perisian khas dan objek dicetak menggunakan pencetak 3D.

Antara Pencetak 3D yang terlibat dalam penghasilan UTM Shield

Ianya disediakan di Makmal Pengeluaran, Sekolah Kejuruteraan Mekanikal, UTM Johor Bahru.

Pasukan yang terlibat ialah Sekolah Kejuruteraan Mekanikal serta beberapa pusat tanggungjawab di bawah Jabatan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (TNCPI) antaranya ialah pusat penyelidikan di bawah Institute of Human Centered Engineering (iHumEn) iaitu Media and Game Innovation Centre of Excellence (MaGICX), Sport Innovation and Technology Centre (SITC) dan Medical Device and Technology Centre (Meditec) .

Menurut beliau, perancangan seterusnya adalah untuk mencari jalan bagi menyediakan face shield dengan cara mengurangkan material serta menjimatkan masa.

Antara UTM Shield yang dihasilkan oleh pasukan yang terlibat
Antara UTM Shield yang dihasilkan oleh pasukan yang terlibat

“UTM turut bercadang untuk terus menyediakan face shield ini sehingga kelengkapan ini mencukupi bagi kegunaan kakitangan KKM terutamanya di Hospital Permai, Hospital Kuala Lumpur dan lain-lain hospital lagi yang kakitangannya berdepan risiko paling tinggi terhadap wabak Covid-19 ini.

salah seorang kakitangan KKM di Hospital Sultanah Aminah mencuba face shield yang diedarkan

Oleh itu pada peringkat awal, kami akan menyediakan kelengkapan ini di tiga Hospital Kerajaan dan 9 Hospital Swasta di Johor terlebih dahulu, barulah diikuti dengan negeri lain, ” tambah beliau.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index