
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menggalakkan setiap makmal mendapatkan akreditasi dalam menghasilkan makmal yang berkualiti dan mendapat kepercayaan daripada pelanggan. Bagi tujuan tersebut, IVAT yang telah memperolehi “International Organisation for Standardisation (ISO)/International Electrotechnical Commission (IEC)Guide 25” pada tahun 1992 (institusi pertama di Malaysia) dan “ISO/IEC 17025” pada tahun 2004 telah menganjurkan “ISO/IEC 17025 Awareness Course” bertempat di Bilik Mesyuarat Utama IVAT, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UTM Johor Bahru. Peserta-peserta dari Wireless Communication Centre (WCC), Fakulti Kejuruteraan Elektrik telah menghadiri latihan tersebut pada 26 April 2016 manakala peserta-peserta dari Makmal Aeronautik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal telah menghadiri latihan tersebut pada 3 Mei 2016. Kedua-dua latihan tersebut diadakan bagi tujuan membantu mereka mendapatkan akreditasi ISO/IEC 17025 dari Jabatan Standard Malaysia. Pelbagai penerangan telah diberikan oleh Pengarah IVAT, Profesor Dr. Zulkurnain Abdul Malek dari segi pemahaman mengenai akreditasi ini, dari segi tanggungjawab setiap staf, teknikal, dokumentasi dan lain-lain. Di akhir latihan tersebut, setiap peserta telah diberi ujian ringkas bagi menguji pemahaman mereka.