
Semua staf IVAT ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ts. Dr. Zulkarnain Ahmad Noorden atas perakuan pendaftaran sebagai Pengurus Tenaga Elektrik (REEM) oleh Suruhanjaya Tenaga . Beliau telah menghadiri kursus selama 5 hari pada 2-6 Ogos 2021 tahun lalu. Semoga dengan perakuan yang diberikan kepada beliau dapat menaikkan semangat beliau untuk lebih berjaya dalam bidang yang diceburi. Tahniah sekali lagi dari semua staf IVAT.