
Pada 1 September 2022 IVAT telah mengadakan Hari Keluarga IVAT di Bidaisari Resort Janda Baik. Pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang berada disini antaranya aktivi sukaneka untuk kanak-kanak dan juga staf, terdapat juga aktiviti yang memerlukan kemahiran berfikir dan fizikal untuk memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain. Tujuan utama hari keluarga ini diadakan bagi mengeratkan ikatan silaturahim antara staf dan juga keluarga staf serta anak-anak.