
Tahniah kepada IVAT kerana telah memenangi Anugerah Kelestari bagi kategori Institut Penyelidikan bagi 2 tahun berturut-turut yang berlangsung pada 20 Julai 2022 di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia. Terima kasih kepada semua staf IVAT yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan persekitaran IVAT berada dalam keadaan lestari.
Semoga dengan pengiktirafan yang dianugerahkan kepada IVAT dapat memberikan motivasi kepada semua supaya dapat menerapkan gaya hidup lestari dalam urusan seharian bukan sahaja di pejab mahupun rumah tetapi dimana sahaja mereka berada.