Pada 22 Januari 2024, bertempat di Sunway Bigbox Hotel, Iskandar Putri, IVAT telah mengadakan Majlis Malam Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Penghargaan IVAT bagi tahun 2023. Majlis ini diadakan bagi memberikan semangat dan motivasi serta menghargai setiap staf IVAT yang bertungkus lumus sepanjang tahun 2023 bagi memastikan IVAT sentiasa berada didalam landasan kecemerlangan sehaluan dengan pentadbiran universiti.
Disamping itu, terdapat juga acara lucky draw dan juga sumbangan bagi kelahiran baru (anak staf) serta beberapa anugerah yang lain bagi menghargai setiap jasa dan keringat setiap staf IVAT sepanjang tahun 2023.





