Pada 22 Januari 2024, bertempat di Sunway Bigbox Hotel, Iskandar Puteri Johor, IVAT telah menjalankan Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan ( Pengujian ) dan Bengkel Pelan Strategik 2024. Mesyuarat ini lebih tertumpu kepada pengurusan dan aktiviti makmal pengujian sepanjang tahun 2023 yang diketuai oleh Ir. Ts. Dr. Mohd Hafizi Bin Ahmad selaku pengurus kualiti makmal pengujian.
Disamping itu juga, pada sebelah petang, Bengkel Pelan Strategik 2024 bagi IVAT telah dibincangkan oleh semua staf yang diketuai oleh pengarah IVAT, Ts. Dr. Zulkarnain Bin Ahmad Noorden. Pelbagai perkara dibincangkan bersama-sama staf akademik dan juga staf sokongan antaranya ialah membincangkan hala tuju IVAT dan perancangan yang dapat memberikan impak kepada IVAT
Selain itu, staf baru IVAT juga dijemput menghadiri mesyuarat dan bengkel ini supaya mendapat pendedahan apa yang berlaku di IVAT secara khususnya.