Day 1
Day 2

Pada 18 Februari 2024 , Institut Voltan dan Arus Tinggi (IVAT) telah menjalankan kursus Pemantapan Prestasi Kerja Profesionalisme yang bertempat di Pulai Springs Resort, Johor Bahru, Johor selama 2 hari. Kursus tersebut bertujuan untuk memberikan motivasi di samping mengeratkan hubungan antara staf baru dengan staf sedia ada.

Kursus tersebut juga bertujuan bagi memantapkan lagi kerjasama antara semua staf IVAT supaya dapat memacu IVAT ke arah yang lebih cemerlang bersama-sama. Bak kata pepatah, berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Terdapat juga pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang 2 hari berkampung di Pulai Springs Resort, Johor Bahru, Johor.

Staf IVAT berharap agar aktiviti sebegini dapat dijalankan setiap tahun bagi memotivasikan dan menaikkan semangat staf.