
Pada 12 hingga 14 Februari 2025, staf Institut Voltan dan Arus Tinggi (IVAT) dan juga ahli jawatankuasa Kelab Kebajikan Staf IVAT (KKSI) telah menganjurkan Hari Keluarga IVAT 2025 bertempat di Lotus Seaview Beach Resort, Pengerang. Hari keluarga IVAT pada kali ini dihadiri hampir keseluruhan staf IVAT dan keluarga. Sejak hari pertama lagi telah diisi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti sukaneka untuk anak-anak dan dewasa, hidangan potluck disamping dapat beramah mesra antara staf dan keluarga.
Terima kasih kepada AJK KKSI yang bertungkus lumus memastikan Hari Keluarga IVAT pada tahun ini dapat direalisasikan. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada tahun yang mendatang kerana aktiviti seperti ini dapat memberikan motivasi serta sebagai salah satu cara untuk menghargai staf yang mencurahkan keringat kepada IVAT.