Penyelidik UTM bersama pihak Sarawak Energy Berhad di pintu masuk utama loji BESS di Sejingkat, Sarawak.

Sejingkat, Sarawak | 16 Mei 2025 — Sekumpulan penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengadakan lawatan ke loji sistem penyimpanan tenaga bateri atau dikenali sebagai ‘battery energy storage system’ (BESS) terbesar negara di Sejingkat, Sarawak. Dikendalikan oleh Sarawak Energy Berhad (SEB), loji BESS itu memainkan peranan utama dalam menyokong grid kuasa dan tenaga boleh baharu di negeri itu.

Lawatan ini, melibatkan tujuh penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM, bertujuan untuk meneroka potensi kerjasama bersama SEB dalam bidang berkaitan teknologi BESS. Empat daripada penyelidik tersebut adalah dari Institut Voltan Tinggi & Arus Tinggi (IVAT) UTM — Ts. Dr. Zulkarnain Ahmad Noorden, Ts. Dr. Noor Azlinda Ahmad, Ts. Dr. Mona Riza Mohd Esa, dan Dr. Noor Syazwani Mansor — manakala tiga lagi adalah dari Pusat Sistem Tenaga Elektrik (CEES) UTM — Ts. Dr. Norzanah Rosmin, Ir. Ts. Dr. Jasrul Jamani Jamian, dan Dr. Hafiz Habibuddin. Sesi dimulakan dengan taklimat oleh Ir. Stephen Goh dari SEB, yang menerangkan tentang latar belakang projek, spesifikasi teknikal dan perjalanan projek BESS tersebut dari permulaan projek dijalankan sehingga ianya beroperasi. Turut menyertai perbincangan dalam sesi lawatan tersebut ialah Pn. Kong Kah Hung dan Ir. Steffi Mit Angie, yang berkongsi pandangan tentang peranan loji itu dalam mengukuhkan grid negeri Sarawak.

Penyelidik UTM bersama pihak Sarawak Energy Berhad di hadapan kabin-kabin bateri loji BESS di Sejingkat, Sarawak.

Loji BESS yang selesai pembinaannya pada November 2024 dan mula beroperasi tersambung grid pada Disember 2024, mempunyai kapasiti 60MW-82MWj. Ia terdiri daripada 33 kabin; 22 kabin untuk unit bateri dan 11 untuk sistem penukaran kuasa. Sistem ini menyokong grid dengan menyediakan rizab penjanaan tambahan, mengimbangi bekalan dan permintaan tenaga, dan membantu menguruskan tenaga boleh baharu ke grid.

Semasa lawatan itu, penyelidik UTM membentangkan perkembangan semasa penyelidikan UTM mengenai BESS, termasuk penyelidikan berterusan, perkongsian industri, dan rancangan universiti untuk penglibatan masa depan dalam projek penyimpanan tenaga berskala besar. Perbincangan menyentuh bukan sahaja pada aspek teknikal, tetapi juga mengenai ciri keselamatan — terutamanya keselamatan kebakaran, yang merupakan kebimbangan utama dalam sistem bateri berkapasiti tinggi.

Turut hadir bersama penyelidik UTM adalah En. Wilson Lim dan En. Jason Lim dari Tectra Sdn. Bhd., salah satu rakan industri UTM. Tectra sebelum ini bekerjasama dengan universiti dalam projek naik taraf tenaga elektrik solar di Kampung Woh Intake, Tapah.

Lawatan ini merupakan peluang berharga bagi UTM dan SEB untuk mengukuhkan hubungan antara penyelidikan akademik dan aplikasi dunia sebenar. Diharapkan ianya akan membawa kepada kerjasama selanjutnya dalam projek penyimpanan tenaga dan menyumbang secara bermakna kepada usaha kelestarian tenaga boleh baharu di bawah perancangan ‘National Energy Transition Roadmap‘ Malaysia.

Penerangan komponen BESS kepada penyelidik UTM oleh pihak Sarawak Energy Berhad.
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index