
🌟 Tahniah & Syabas! 🌟
Sekalung tahniah yang setinggi-tingginya diucapkan kepada Dr. Noor Syazwani Mansor atas pencapaian yang luar biasa beliau dimana beliau telah diiktiraf secara rasmi sebagai Certified HRDC Trainer oleh Human Resource Development Corporation (HRDC), berkuat kuasa mulai 14 Mac 2025!
Ini bukan sekadar satu pengiktirafan namun ini adalah bukti keunggulan, komitmen luar biasa, dan dedikasi tanpa kompromi beliau dalam bidang pembangunan sumber manusia dan latihan profesional.
Semoga pencapaian hebat ini menjadi pencetus inspirasi dan pembakar semangat kepada seluruh warga Institut Voltan dan Arus Tinggi (IVAT) untuk terus melakar kejayaan demi kejayaan. Dr. Syazwani bukan sahaja mengangkat nama sendiri, malah turut mengharumkan nama IVAT di persada nasional!
Terus melangkah lebih jauh, terus mencipta impak!. Kami bangga dengan anda, Dr. Noor Syazwani Mansor!
Ikhlas tulus daripada Seluruh warga Institut Voltan dan Arus Tinggi (IVAT).