
Warga staf Institut Voltan dan Arus Tinggi (IVAT) dengan penuh dukacita memaklumkan pemergian staf kami, Encik Hairoisyam Abd. Rani, yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 September 2025.
Allahyarham merupakan seorang warga kerja yang komited, amanah dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas. Sepanjang perkhidmatannya di IVAT, Allahyarham banyak memberi sumbangan penting dalam memastikan kelancaran operasi serta menjadi individu yang disenangi oleh rakan sekerja.
Seluruh warga IVAT merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada institusi dan mereka yang mengenalinya.
Maklumat pengurusan jenazah akan dimaklumkan oleh ahli keluarga terdekat.
Al-Fatihah.