
IVAT merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ts. Dr. Zulkarnain Ahmad Noorden atas penganugerahan Dana Insentif AIMSTAR 2025 bagi projek bertajuk:
“Pemindahan Ilmu Penyelenggaraan Solar Fasa 2: Penggunaan Alat Ukur untuk Sistem Baru di Kampung Orang Asli Woh Intake, Tapah.”
Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan terhadap usaha berterusan beliau dalam memperkasakan komuniti melalui pemindahan ilmu serta peningkatan keupayaan teknikal berkaitan sistem tenaga solar. Projek ini dijangka memberi manfaat langsung kepada penduduk Kampung Orang Asli Woh Intake melalui penyediaan kemahiran penyelenggaraan yang lebih efektif dan berdikari.
IVAT mengucapkan syabas dan selamat maju jaya kepada Ts. Dr. Zulkarnain Ahmad Noorden dalam pelaksanaan projek ini. Semoga kejayaan ini terus menyumbang kepada pembangunan ilmu dan kesejahteraan masyarakat.