
Pihak Institut Voltan dan Arus Tinggi (IVAT), merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ir. Ts. Dr. Noor Azlinda Ahmad atas penganugerahan sebagai Jurutera Profesional (Professional Engineer). Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian penting yang mencerminkan kepakaran, dedikasi dan komitmen beliau dalam bidang kejuruteraan dan juga kepada institusi.
Semoga dengan penganugerahan ini terus menjadi inspirasi dan menyumbang kepada kecemerlangan organisasi disampaing menjadi pemangkin kepada staf lain untuk berjaya di masa akan datang. In shaa Allaah.