
Tahniah Ts. Dr. Zulkarnain Ahmad Noorden Terus Terajui Institut bagi Penggal 2025–2027
Institut Voltan dan Arus Tinggi (IVAT) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan semula Ts. Dr. Zulkarnain Ahmad Noorden sebagai Pengarah IVAT untuk tempoh dua tahun, bermula 1 Oktober 2025 hingga 30 September 2027. Pelantikan ini dimaklumkan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTM (TNCPI UTM) pada 6 Oktober 2025.
Sepanjang tempoh kepimpinannya, Ts. Dr. Zulkarnain telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh hala tuju strategik IVAT, termasuk peningkatan kualiti program akademik, pengembangan projek penyelidikan, serta pemantapan kerjasama dengan pelbagai pihak industri dan agensi berkaitan.
Pelantikan semula ini dijangka memberikan kesinambungan kepada program-program pembangunan yang sedang berlangsung, seterusnya memperkukuh komitmen IVAT .
Staf IVAT menzahirkan keyakinan bahawa kepimpinan berterusan beliau akan terus mengangkat institusi ke tahap yang lebih cemerlang. In shaa Allaah