
Pada Jumaat, 21 November 2025, telah berlangsung sebuah majlis penuh penghormatan bagi mengenang jasa dan sumbangan Allahyarham Hairoisyam Abd Rani. Dalam suasana yang sarat dengan rasa sayu namun penuh penghargaan, Allahyarham telah dianugerahkan Anugerah Khas Anumerta sebagai pengiktirafan atas dedikasi dan bakti beliau sepanjang hayat.

Untuk menyampaikan anugerah ini, pihak IVAT menjemput anak Allahyarham, Danish bagi menerima penghargaan ini. Pihak IVAT berharap dan mendoakan semoga keluarga Allahyarham tabah dan cekal. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Al-Fatihah.