
Institut Voltan dan Arus Tinggi (IVAT) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Prof. Dr. Zulkurnain Abdul Malek atas jasa bakti dan kepimpinan beliau sepanjang menjawat jawatan sebagai Pengarah IVAT.
Prof. Dr. Zulkurnain telah memimpin IVAT dengan penuh dedikasi, komitmen dan visi yang jelas dalam memperkukuh peranan institut sebagai salah satu instituti yang terkenal dalam bidang voltan tinggi. Di bawah kepimpinan beliau, IVAT telah mencatat pelbagai pencapaian penting termasuk pengukuhan penyelidikan, kerjasama antara industri, serta perluasan peranan IVAT dalam pembangunan kepakaran teknikal.

Seluruh warga IVAT amat menghargai sumbangan besar beliau dalam memajukan institusi ini dan mendoakan semoga Prof. Dr. Zulkurnain terus diberikan kesihatan, kebahagiaan serta kejayaan dalam fasa baharu kehidupan selepas persaraan.

Terima kasih, Prof. Dr. Zulkurnain Abdul Malek, atas segala khidmat dan sumbangan kepada IVAT daripada seluruh warga IVAT