
Pada 21 November 2025, Institut Voltan dan Arus Tinggi (IVAT) telah mengadakan Majlis Apresiasi IVAT bagi tahun 2025 bertempat di The Gem Event Space, Puteri Harbour Iskandar Puteri baru-baru ini. Majlis tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan kepada seluruh warga IVAT atas komitmen, dedikasi dan sumbangan mereka sumbangkan sepanjang tahun ini.
Acara yang berlangsung dalam suasana mesra dan penuh penghargaan itu turut melibatkan penyampaian anugerah bagi menghargai kecemerlangan staf dalam pelbagai kategori. Tujuan majlis ini diadakan bukan sahaja untuk mengeratkan hubungan sesama warga IVAT, tetapi juga menyuntik semangat untuk terus meningkatkan kecemerlangan dalam bidang penyelidikan, perkhidmatan dan pembangunan teknologi voltan tinggi.









Berikut adalah senarai penerima – penerima Anugerah sempena Majlis Apresiasi IVAT 2025:
Anugerah Penerbitan – Prof Mayda Eur Ing. Ir. Ts. Dr. Lau Kwan Yiew
Anugerah Geran Pengelidikan – Ts. Dr. Zulkarnain Ahmad Noorden
Anugerah Khidmat Komuniti – Ir. Ts. Dr. Aizat Azmi
Anugerah Bakti Setia – Ts. Dr. Mona Riza Mohd Esa, Encik Mohd Nazren Mohd Ghazali dan Puan Elliyana Mazlan
Anugerah Khidmat Cemerlang – Ts. Dr. Mona Riza Mohd Esa, Encik Mohamad Syahrin Mohamad dan Encik Abd.Mohsin Abd.Razak
Bagi menceriakan lagi majlis ini, aktiviti seperti cabutan bertuah dan juga pemberian cenderahati kepada kesemua staf IVAT telah diadakan, berikut merupakan beberapa gambar bagi pemenang cabutan bertuah pada kali ini.









Majlis berakhir dengan sesi makan malam dan bergambar sebagai kenangan bersama.