
Pada 23 hingga 25 Januari 2026, Institut Voltan dan Arus Tinggi (IVAT) telah menganjurkan Bengkel Persediaan Audit Akreditasi ISO MS 17025:2017 bertempat di Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan.
Bengkel ini dianjurkan bagi menjalankan kaji selidik dan penilaian menyeluruh terhadap pelaksanaan kerja-kerja kalibrasi dan pengujian yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2025. Selain itu, bengkel ini turut bertujuan untuk memastikan tahap kesiapsiagaan IVAT dalam melaksanakan perkhidmatan kalibrasi dan pengujian sentiasa berada pada tahap yang optimum, meliputi aspek kemudahan dan peralatan makmal, kompetensi staf, serta pematuhan dokumentasi yang sentiasa dikemas kini selaras dengan keperluan standard ISO MS 17025:2017.
IVAT komited dalam memastikan setiap staf sentiasa bersedia, profesional dan berkeupayaan tinggi bagi mengekalkan kualiti perkhidmatan, seterusnya memberikan perkhidmatan yang cekap, berintegriti dan berkualiti tinggi kepada para pelanggan.

