
Institut Voltan dan Arus Tinggi (IVAT) telah mengadakan sesi Strategic Planning IVAT 2026 sebagai usaha merangka hala tuju dan strategi institut bagi tahun 2026. Program ini menghimpunkan barisan staf akademik dan juga pengurusan bagi membincangkan perancangan strategik, sasaran pencapaian serta inisiatif baharu yang selaras dengan visi dan misi institut.



Sepanjang sesi tersebut, pengarah telah membahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada staf akademik dan pengurusan bagi membincangkan serta mengemukakan idea dari segi perundingan, koprat, penyelidikan dan juga makmal. Setiap kumpulan akan menerangkan dan menyampaikan idea mereka kepada semua bagi memastikan setiap staf dapat mengetahui perancangan yang telah dicadangkan.
Sesi Strategic Planning IVAT 2026 ini diharapkan dapat memperkukuh kedudukan IVAT sebagai pusat rujukan dalam bidang voltan tinggi, di samping memastikan kecemerlangan berterusan dalam penyelidikan, perkhidmatan teknikal dan pembangunan kepakaran.