
Pada 25 Januari 2026, Institut Voltan dan Arus Tinggi (IVAT) telah menganjurkan Hari Keluarga IVAT bertempat di Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan. Program ini diadakan bagi meraikan serta memberikan motivasi kepada staf yang telah bertungkus lumus menjayakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2025.
Disamping itu, program ini juga adalah salah satu platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan staf serta ahli keluarga, di samping mewujudkan suasana kerja yang lebih harmoni dan sejahtera.



Pelbagai acara sukaneka telah dianjurkan sepanjang program, melibatkan penyertaan staf bersama keluarga masing-masing. Aktiviti yang dijalankan bukan sahaja menceriakan suasana, malah turut memupuk semangat kerjasama, toleransi dan kebersamaan dalam kalangan warga IVAT. Selain itu, acara khas untuk kanak-kanak turut diadakan bagi memastikan mereka turut menikmati pengalaman yang menyeronokkan sepanjang program berlangsung.








Pada sebelah malam, program diteruskan dengan majlis makan malam bersama keluarga dalam suasana santai dan mesra. Majlis tersebut memberi peluang kepada warga IVAT untuk berinteraksi dengan lebih dekat, sekali gus mengukuhkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan staf dan ahli keluarga.




Penganjuran Hari Keluarga ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan kekeluargaan dalam kalangan warga IVAT serta meningkatkan semangat kerja berpasukan dalam mencapai kecemerlangan institut pada masa hadapan.
Yang baru diraikan yang lama dikenang, semoga ukwah yang terjalin antara staf dan keluarga masing-masing dapat disemai dikalangan anak-anak.