
Tahniah kepada Ir. Ts. Dr. Mona Reza Mohd Esa atas pelantikan sebagai Pengurus Kualiti (Kalibrasi). Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepakaran, pengalaman serta komitmen beliau dalam memastikan Makmal Penentukuran sentiasa berada pada tahap yang cemerlang.
Semoga beliau terus berjaya dalam melaksanakan tanggungjawab ini serta memainkan peranan penting dalam memperkukuh dan memperkasa sistem kualiti, khususnya bagi memastikan Makmal Penentukuran terus beroperasi dengan cekap, berintegriti dan mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Diharapkan kepimpinan, dedikasi serta visi beliau dapat memacu kecemerlangan makmal kalibrasi ke arah peningkatan kualiti perkhidmatan, pengiktirafan yang lebih luas serta menyokong pembangunan kepakaran dalam bidang kalibrasi voltan tinggi.
Warga Institut Voltan dan Arus Tinggi (IVAT) mengucapkan selamat maju jaya dan semoga terus cemerlang dalam melaksanakan amanah pada peranan baharu ini. 🎉
#ivatutm #highvoltage #highcurrent #hvtesting #hvcalibration #hvconsultancy #hvtraining