
Tahniah kepada Ir. Ts. Dr. Noor Azlinda Ahmad atas kenaikan pangkat sebagai Profesor Madya. Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap dedikasi, kepakaran serta sumbangan cemerlang beliau dalam bidang akademik, penyelidikan dan pembangunan ilmu.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak pencapaian gemilang serta memberi inspirasi kepada warga akademia dalam memartabatkan kecemerlangan ilmu dan inovasi.
Warga Institut Voltan dan Arus Tinggi (IVAT) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan mendoakan agar beliau terus mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. 🎉👏
#ivatutm #highvoltage #highcurrent #hvtesting #hvcalibration #hvconsultancy #hvtraining