
Pada 21 Ogos 2022, IVAT telah menjalankan kursus pendek berkenaan tajuk kalibrasi dan penentukuran bagi staf Sekolah Kejuruteraan Elektrik. Dalam kursus selama sehari ini, peserta didedahkan tentang pengetahuan umum berkenaan kalibrasi dan penentukuran. Disamping itu juga, para peserta di juga didedahkan cara kalibrasi alatan yang betul mengikut langkah-langkah yang betul. IVAT berharap dengan kursus yang telah diberikan dapat memberi manfaat kepada para peserta dan menerapkan ilmu yang diguna dalam urusan seharian.