Tingkatkan Kemahiran Profesional Melalui Program HyTalent oleh Pusat Penilaian & Pembangunan MIDA (MADC) Khusus Buat Graduan Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bersama Universiti Putra Malaysia (UPM), SIEMENS SDN BHD dan MDT Innovations (MDTi) SDN BHD telah bekerjasama dengan Malaysian Investment Development Authority (MIDA) untuk mengadakan program HyTalent di bawah Pusat Penilaian & Pembangunan MIDA (MIDA Assessment & Development Centre) dalam usaha memperkukuhkan Industry4WRD.
Tujuan MADC adalah untuk menghasilkan generalis dan teknologis yang berkemahiran tinggi dalam Industry4WRD. Graduan yang telah bergraduat dalam tempoh satu (1) hingga tiga (3) tahun khususnya dari bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dan Kejuruteraan Mekanikal adalah dijemput untuk menyertai program ini. Program HyTalent adalah sebuah program holistik dan menyeluruh dengan gabungan kepimpinan dan kesemua tonggak Industry4WRD akan dijalankan selama dua belas (12) bulan secara berstruktur.
Bagi graduan yang berminat, program ini dijadualkan bermula pada bulan Mac 2021 dan pendaftaran boleh dibuat di https://bit.ly/35eiBRA atau emelkan kepada kami di alumni@utm.my untuk info lanjut.
More about CAIRO UTM:
CAIRO UTM (Centre for Artificial Intelligence & Robotics) is one of the leading Centres of Excellence in Malaysia focusing on Artificial Intelligence, Robotics, Control and Automation. Established in 1997, CAIRO UTM has produced numerous talents and significant research outcomes on AI & Robotics. In 2018, CAIRO UTM was awarded as one of the Competence Centre by the Ministry of International Trade and Industry MITI. UTM has strong linkages and networking with academic institutions, government sectors and industrial sectors, on national and international level.