PERBINCANGAN FELO PENYELIDIK CENTRE OF HYDROGEN ENERGY (CHE) BERSAMA TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA.
Putrajaya, 23 Februari, Delegasi penyelidik Centre of Hydrogen Energy (CHE), UTM Prof. Madya Dr. Wijayanuddin Ali & Dr. Kamarizan Kidam bersama En. Baskar & Puan Fariza telah mengadakan satu pertemuan bersama Timbalan Menteri Pendidikan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia YB Dato Kamalanathan a/l P. Panchanathan. Pertemuan ini membincangkan kepentingan KPM untuk menerapkan aspek keselamatan & kesihatan pekerjaan (OSH) di sekolah seluruh Malaysia. YB Timbalan Menteri juga bersetuju untuk rundingan & pembentangan kali ke dua. CHE dan UTM akan menyediakan kertas kerja komprehensif bagi cadangan penerapan kesedaran terhadap aspek OSH. YB Timbalan Menteri telah bersetuju negeri Johor dipilih sebagai sampel kajian dalam bidang kesihatan & keselamatan dan mengarahkan pegawai pendidikan Johor untuk memberi kerjasama sepenuhnya.
Felo penyelidik CHE bersama Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
(Gambar dari kiri En Baskar, YB Dato Kamalanathan, Prof. Madya Dr. Wijayanuddin, Dr. Kamarizan & Puan Fazira)
Pihak CHE, UTM memberikan cenderahati sebagai tanda Penghargaan kepada YB Timbalan Menteri.