Majlis Pelancaran Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021-2025 (OSHMP25) dan Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHWEEK) 2021 telah diadakan pada 13 Oktober 2021, dan disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri Malaysia. Centre of Hydrogen Energy berkongsi kegembiraan di atas perlantikan salah seorang dari ahlinya iaitu PM Ir Dr Mimi Haryani Hassim selaku Ahli Jawatankuasa Luar Teras Strategik 3 (Penggalakan Pendidikan dan Penyelidikan KKP) bagi Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021-2025 (OSHMP25). Diharap Dr Mimi dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin untuk kebaikan masa depan KKP negara kita.