CRCE Sports Day 2026

Oct 7, 2026Activity, CRCE News

Centre for River and Coastal Engineering (CRCE), UTM telah berjaya menganjurkan CRCE Sports Day 2026 pada 30 September 2026 (Rabu) bertempat di UTM Sport Hall 1.

Program ini telah menghimpunkan warga CRCE, warga JKAAS serta staf Makmal Hidraulik dan Hidrologi dalam suasana yang penuh dengan semangat kesukanan, kerjasama dan persaingan yang sihat.
Dua acara sukan telah dipertandingkan, iaitu Ping Pong 🏓 dan Short Mat Bowls 🎯. Program ini bukan sahaja memberikan peluang kepada peserta untuk bergiat aktif dan beriadah, malah turut menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuh semangat berpasukan serta mewujudkan hubungan kerja yang lebih erat antara warga yang terlibat.
Selain itu, penganjuran CRCE Sports Day 2026 turut menyokong usaha menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga UTM, di samping mewujudkan persekitaran kerja yang positif, ceria dan lebih harmoni.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta atas semangat kesukanan serta penglibatan yang amat baik sepanjang program berlangsung!
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada warga CRCE, JKAAS, staf Makmal Hidraulik dan Hidrologi, urus setia serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan CRCE Sports Day 2026.

0 Comments

You may also like

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Research & Innovation
Get the latest news & events
UTM Open Day