Seluruh warga Centre for River and Coastal Engineering (CRCE), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Hj. Mat Desa atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM).
Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan, komitmen, kepakaran serta sumbangan beliau dalam bidang penyelidikan dan kejuruteraan sumber air.
Semoga pelantikan ini membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk mencipta kejayaan, memperkukuh kerjasama strategik serta meneruskan kecemerlangan dalam pembangunan penyelidikan air dan kelestarian sumber air negara.
Seluruh warga CRCE mendoakan agar YBrs. Dr. terus dikurniakan kejayaan, kebijaksanaan dan kekuatan dalam menggalas amanah serta tanggungjawab baharu ini.
Tahniah dan selamat maju jaya dalam menerajui NAHRIM!
Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Centre for River and Coastal Engineering (CRCE)
Universiti Teknologi Malaysia



0 Comments